KUALA LUMPUR: Kemajuan membanggakan ditunjukkan pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri memberi petanda satu permulaan kepada perjalanan luar biasa dalam sukan berbasikal negara.
Pencapaian membanggakan atlet bertubuh kecil itu telah mendapat pengiktirafan daripada ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan John Beasley yang menyifatkan Nurul Izzah seorang atlet istimewa dan berpotensi besar.
Menurut Beasley, Nurul Izzah berpotensi sama seperti jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang telah mencipta pelbagai kejayaan membanggakan termasuk bergelar juara dunia keirin 2017 dan meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun bertubuh kecil.
"Dia (Nurul Izzah) berat badannya 50 kilogram (kg) dan perlu bersaing dengan atlet yang puratanya berat 85kg, enam kaki (tinggi)... dia istimewa seperti Azizulhasni (atlet berbadan kecil)...tapi kita perlu tunggu sehingga pertengahan 20-an untuk tubuhnya (Nurul Izzah) matang dan kemudian dia akan mendapat semua yang diperlukannya.
"Justeru, untuk tempoh sekarang dan seterusnya, kita akan usahakan dari segi taktikal, teruskan pembangunan, kita akan terus bantu dia...pada Olimpik seterusnya dia akan lebih bersedia, dua temasya Olimpik lagi dia akan berada di puncak kejayaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Nama Nurul Izzah menjadi sebutan apabila penampilannya di pentas antarabangsa mula menyerlah dengan memenangi pingat emas acara 500 meter (m) ujian masa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2022 di New Delhi, India.
Ia disusuli dengan kejayaan memenangi dua pingat emas masing-masing acara keirin wanita dan 500m ujian masa pada ACC 2024 di New Delhi pada Februari lepas, iaitu menyamai pencapaian bekas pelumba wanita kebangsaan Fatehah Mustapa yang meraih emas acara keirin wanita pada edisi 2012.
Berasal dari Sungai Petani, Kedah, kerjaya selaku pelumba kebangsaan atlet berusia 20 tahun itu mendaki ke satu tahap lagi apabila secara tidak rasminya mendapat tempat di Sukan Olimpik Paris 2024 yang menjadi penampilan sulungnya di pentas berprestij itu.
Walaupun gembira dengan kemajuan luar biasa bintang baharu sukan berbasikal trek negara itu, namun Beasley sentiasa menekankan kepentingan pembelajaran berterusan dan tumpuan tidak berbelah bahagi pada sesi latihan sebagai kunci untuk memastikan pencapaian konsisten dan cemerlang.
"Teruskan belajar... bagusnya kita ada kem latihan sebelum Paris 2024, jadi kita ada banyak masa...kita boleh menyusun awal dari segi taktikal dan itu penting. Tahu apa gerakan dan bila perlu lakukannya," katanya.
Nurul Izzah mengiringi Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang juga secara tidak rasmi menempah slot ke Paris 2024 dijadualkan berada di Eropah pada Jun ini selama dua bulan sebagai persiapan terakhir mereka ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Mereka akan ke Belgium, United Kingdom dan Sepanyol untuk menjalani latihan serta menyertai beberpa kejohanan tempatan di sana sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
John Beasley menyifatkan Nurul Izzah (kanan) seorang atlet istimewa dan berpotensi besar, sama seperti yang telah ditunjukkan oleh Azizulhasni Awang. - Bernama
Kemenangan bukti kerjasama erat dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan
Kemenangan Pang Sock Tao pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu adalah bukti kerjasama dalam kerajaan perpaduan yang kukuh dan kepercayaan rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang menyakinkan dan selesa.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang menyakinkan dan selesa.
Pasukan jururawat di Madinah sedia berkorban demi jemaah
Pasukan jururawat Pusat Rawatan Madinah sedia berkhidmat kepada jemaah haji musim 1445M/2024 bagi memastikan kesihatan dan kebajikan mereka yang memerlukan, dijaga dengan sempurna dan sebaik mungkin.
Bursa Malaysia dijangka didagang dalam julat kecil minggu depan
Penganalisis Pasaran dari Rakuten Trade Sdn Bhd jangkakan Bursa Malaysia didagangkan dalam julat kecil dan tidak banyak perubahan minggu depan.
Tentera Israel arah penduduk berpindah dari Rafah
Tentera Israel melalui risalah yang digugurkan dari udara mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah, ketika rejim itu mahu memperhebat operasi ketenteraannya di selatan Gaza.
Ringgit dijangka diniaga berhati-hati
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan ringgit akan dijangka diniagakan dalam berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan.
AWANI Pagi: Kecerdasan Buatan: Mendepani realiti & cabaran masyarakat
Pelancaran Malaysia Artificial Intelligence Nexus, Jumaat lalu membuka dimensi baru perbincangan mengenai bagaimana masyarakat berdepan reality dan cabaran berkaitan mengenai kemajuan teknologi ini. Diskusi Bersama Prof Madya Dr Shuzlina Abd Rahman, Ketua Kumpulan Inisiatif Penyelidikan (RIG) Kepintaran Buatan, Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) 7.30 pagi nanti.
Israel sekat cubaan Hamas bangunkan kapasiti tentera di Jabalia
Tentera Israel mendakwa operasi mereka berjaya menyekat pejuang Hamas daripada membangunkan semula kapasiti ketenteraan di kawasan Jabalia.
Laporan AS dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Amerika Syarikat mendedahkan laporan pentadbiran Joe Biden, yang mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari negara itu tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Polis Israel lerai penunjuk perasaan anti-kerajaan
Polis Israel menolak dan menyembur penunjuk perasaan dengan meriam air semasa protes anti-kerajaan di Tel Aviv pada Sabtu.
Penunjuk perasaan menuntut tamatnya perang untuk membebaskan tebusan dan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, termasuk pembebasan tebusan.
Penunjuk perasaan menuntut tamatnya perang untuk membebaskan tebusan dan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas, termasuk pembebasan tebusan.
Ambil pengajaran ziarah Bukit Uhud
Patuh kepada pemimpin, ketua antara pengajaran diambil jemaah haji Malaysia semasa membuat ziarah luar di Bukit Uhud di Madinah di mana dalam konteks semasa, kepatuhan kepada pemimpin berupaya memastikan segala urusan berjalan lancar.
Nurul Izzah, Azizulhasni ada persamaan - Beasley
Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan John Beasley menyifatkan Nurul Izzah seorang atlet istimewa dan berpotensi besar.
Shah Firdaus percaya boleh cabar emas jika kemenangan separuh akhir pertama tidak batal
Kemenangan pelumba itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir.